| |
|
|
Perkhidmatan yang ditawarkan
 |
|
Untuk menyokong usahawan PKS kami melalui fasa penting dalam evolusi perniagaan mereka, SME Bank menawarkan kategori perkhidmatan seperti berikut. |
| |
|
Khidmat Nasihat: |
| |
Bank Pusat Penasihat SME Bank telah ditubuhkan dengan tujuan asas untuk mengutamakan dan merekacipta respon perkhidmatan untuk menangani jurang yang dikenalpasti dalam keupayaan dan sumber PKS, menghasilkan analisa berdasarkan fakta dan peta-minda untuk pertumbuhan dan pelaburan perniagaan strategik. Bergantung kepada keperluan PKS dan fasa pertumbuhan perniagaan anda, khidmat nasihat termasuk menganalisa, latihan, orientasi dan akses kepada pengetahuan dan informasi tentang bagaimana anda boleh memperbaiki atau meningkatkan prestasi perniagaan anda. |
| |
|
 |
Perkhidmatan Akselerasi Perniagaan: |
| |
Kategori perkhidmatan istimewa ini ditujukan kepada syarikat yang menunjukkan potensi yang tinggi dan berkapasiti untuk pertumbuhan cepat. Berkemungkinan syarikat sedemikian adalah mikro, kecil atau sederhana tetapi mempunyai produk kompetetif dan/atau perkhidmatan dengan akses kepada peluang pasaran yang besar samada tempatan atau antarabangsa. |
| |
|
 |
Perkhidmatan Informasi: |
| |
Fokus perkhidmatan informasi kami adalah untuk memberi kesedaran dalam isu pertumbuhan dan risiko perniagaan melalui perkongsian pengetahuan yang tersedia dalam tanda ukuran, laporan industri, kaji selidik, projek R&D, dan rangkaian kepada sumber pengetahuan PKS yang lain. |
| |
|
 |
Perkhidmatan Promosi dan Padanan Perniagaan: |
| |
Untuk menyokong promosi perniagaan PKS dan juga menawarkan akses kepada bakal pembeli dan pasaran, SME Bank bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan institusi swasta untuk menawarkan peluang padanan perniagaan melalui rujukan terus, pertunjukan perniagaan, persidangan dan seminar. |
| |
|
 |
Perkhidmatan Menganalisa Prestasi: |
| |
Sekiranya anda memerlukan analisa tentang perniagaan anda, Pusat Perkhidmatan Nasihat Bank SME boleh mengaturkan satu penilaian keatas perniagaan anda daripada beberapa sudut perspektif keatas industri, pasaran, operasi, kewangan dan perspektif persaingan am. |
|
| |
Nota:
(Perkhidmatan yang meliputi semua aspek sedang dibina oleh rangkaian pembekal perkhidmatan kami. Walaubagaimanapun, sila rujuk kepada Pusat Penasihat Bank SME untuk senarai perkhidmatan yang terdapat bagi kategori, industri dan/atau fasa pertumbuhan SME anda).
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang layak untuk perkhidmatan ini?
 |
| |
Pusat Perkhidmatan Nasihat SME adalah dibuka untuk semua pelanggan Bank SME termasuklah:
| |
|
|
Bakal pelanggan |
| |
Anda adalah usahawan yang sedang mencari pembiayaan kewangan daripada SME Bank buat pertama kali. |
| |
|
 |
Pelanggan Sediada |
| |
Anda adalah usahawan dengan satu atau lebih produk pinjaman dengan SME Bank dan sedang mencari sokongan nasihat untuk membesarkan perniagaan. Ataupun, anda mungkin sedang mencari sokongan nasihat jika sedang mengalami isu pembayaran balik pinjaman dan/atau masalah perniagaan.
|
| |
|
 |
Peserta |
| |
Anda adalah usahawan program istimewa yang telah ditawarkan latihan, inkubasi dan/atau sokongan keusahawanan perniagaan. Anda belum lagi mendapat pembiayaan daripada SME Bank tetapi mungkin layak untuk pembiayaan pada fasa seterusnya dalam pertumbuhan perniagaan anda.
|
|
|
| |
| |
|
|
|