Bahasa Melayu  English

 
Maklumat Kewangan
Tahun 2007
Tahun 2006
Tahun 2005
Muat Turun
Muat Turun
 
   

Pembiayaan Perniagaan Mikro

Jika anda baru memulakan atau menjalankan perniagaan mikro dan memerlukan modal kerja, SME Bank mungkin dapat membantu memajukan perniagaan anda dan memberikan pembiayaan serta sokongan bimbingan perniagaan. Dalam kategori PKS ini, kementeriankementerian dan agensi-agensi Kerajaan telah mewujudkan skim-skim khas untuk mempromosikan keusahawanan diseluruh sektor-sektor sasaran. Sekiranya kami tidak mempunyai program atau dana yang bersesuaian dengan keperluan anda, kami akan memperkenalkan anda kepada rakan-rakan kongsi strategik kami bagi memastikan anda mendapat nasihat yang menyeluruh mengenai cara untuk mengembangkan perniagaan mikro anda.

PRODUK KEWANGAN
Untuk perniagaan bersaiz mikro, kami menawarkan produkproduk dan perkhidmatan-perkhidmatan konvensional dan Syariah yang merangkumi:

Modal Kerja untuk pembelian bahan mentah, overhed dan kos pra-operasi.

Pinjaman Berjangka, Sewa Beli dan Kemudahan Pajakan untuk pemerolehan aset (contoh - perabot/perkakas, komputer, mesin, peralatan dan kenderaan).

Khidmat Nasihat tentang persiapan pelan perniagaan yang boleh diketengahkan, penyimpanan kira-kira dan pengurusan aliran tunai.

Kadar faedah (atau kadar keuntungan untuk pinjaman Syariah) kami adalah di antara 3.75% hingga 7.5% bergantung kepada sumber kewangan. Kami menawarkan margin pembiayaan yang menarik iaitu diantara 50% hingga 90%. Ini juga bergantung kepada sumber kewangan dan jenis pembiayaan aset.

** Tertakluk kepada syarat dan terma


PROGRAM-PROGRAM KHUSUS MIKRO


Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh SME Bank kepada usahawan mikro adalah pelbagai dan kesemua ini disalurkan menerusi program-program istimewa seperti:

TABUNG USAHAWAN SISWAZAH (TUS)
Diperkenalkan dan dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), skim khusus ini menggalakkan graduan-graduan universiti untuk menjadi usahawan di sektor-sektor tertentu. Skim ini turut melibatkan satu Program Inkubator Usahawan Siswazah (PIUS) untuk menyokong perancangan perniagaan dan keperluan pengetahuan para usahawan baru ini.

SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)

Dibiayai oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, program ini menawarkan para usahawan Bumiputera pembiayaan untuk perniagaan-perniagaan kecil di kawasan-kawasan luar bandar.

SKIM MODAL ASAS (SMA)
Program ini adalah untuk memupuk keusahawan didalam industri batik dan kraf nasional yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) menawarkan kemudahan kredit dari RM20,000 hingga RM250,000.

PROGRAM-PROGRAM MIKRO LAIN SECARA USAHA SAMA DENGAN AGENSI-AGENSI LAIN
SME Bank juga bekerja sama dengan rakan-rakan niaga lain dari dalam dan luar negara yang telahpun terbabit dalam pembiayaan PKS dan pembangunan untuk menyokong pembangunan perniagaan mikro. Program Perkongsian Mikro memastikan agar perniagaan-perniagaan mikro diberikan sokongan efektif oleh organisasi-organisasi berlainan yang memberikan perkhidmatan kepada perniagaan yang baru membangun.


[ Perniagaan Mikro | Perniagaan Kecil | Perniagaan Sederhana ]


 
   
Carian Arkib Berita