Bahasa Melayu  English

 
Maklumat Kewangan
Tahun 2007
Tahun 2006
Tahun 2005
Muat Turun
Muat Turun
 
   

Opsyen Pertumbuhan Francais

Pernahkah anda terfikir bagaimana usahawan dapat mencapai kejayaan/kemasyhuran segera melalui perniagaan, dan secara tiba-tiba berkembang ke peringkat nasional, malahan ke peringkat antarabangsa melalui operasi francais? Telah banyak syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan dunia menyediakan produk dan perkhidmatan mereka, dan anda mungkin terpengaruh dan yakin bahawa kejayaan dalam peruncitan dan perniagaan pemacu pengguna adalah lebih pantas dilaksanakan melalui francais berbanding dengan perniagaan lain.

Tidak seperti strategi pertumbuhan perniagaan-perniagaan lain, francais membolehkan syarikat yang sedang membangun peluang untuk berkembang dengan amat pantas di mana perniagaan anda disokong oleh beberapa pihak yang berkepentingan melalui sistem francais. Sebagai seorang usahawan berjaya dengan satu atau beberapa cawangan, anda mungkin tidak mempunyai sumber-sumber yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan dengan cepat, akan tetapi francais menawarkan anda sumber-sumber modal tambahan untuk membiayai pembinaan jenama perdagangan yang kukuh dan keupayaan untuk beroperasi di pasaran yang pada kebiasaannya di luar pencapaian perniagaan yang baru mula berkembang. Francaisi pada pihak lain, dapat mengurangkan risiko pemilikan bebas melalui sistem francais di mana bimbingan (‘handholding’) yang berstruktur oleh francaisor dapat memastikan yang perniagaan mereka kekal sihat dan berkembang.

Sama ada perniagaan anda sebuah perusahaan kecil atau sederhana, francais menawarkan syarikat dengan modal terhad, peluang untuk berjaya di peringkat daerah atau nasional apabila di operasi dan dilaksanakan dengan efektif, francais dapat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dari ‘startup’ hingga ke globalisasi. Ia juga adalah salah satu objektif utama Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membangunkan lebih banyak francais Malaysia sebagai strategi kemasukan dan pertumbuhan pasaran untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Produk dan perkhidmatan di bawah SME Franchise - ditawarkan secara perkongsian dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) - mungkin adalah produk untuk anda. PNS, selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) telah dimandatkan sebagai agensi utama dalam membangunkan Program Pembangunan Francais (FDP) dibawah Rancangan Malaysia Ke-9. PNS berusaha untuk membangunkan usahawan francais bertaraf global melalui perkhidmatan dan produk komprehensif yang terbaik bagi merealisasikan visi untuk menjadi organisasi utama dalam menawarkan perkhidmatan francais secara menyeluruh.

Klasifikasi PKS Mikro Kecil Sederhana
Profil PKS
Francaisor permulaan, Bakal francaisor, Francaisor tempatan yang telah bertapak, Francaisi Tempatan, Francaisi Utama dalam Pembuatan dan Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan (termasuk makanan, peruncitan, pendidikan, kesihatan, ICT, Asas Tani, hotel dan pelancongan)
Kelayakan
Francaisi sahaja
Syarikat dimiliki dan dikawal oleh rakyat Malaysia
Berdaftar dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Pemilik francais yang berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
Telah menjalani kursus wajib francais dengan MFA
Francaisi dengan rekod perniagaan kurang dari 2 tahun
Francaisor
Francaisi Utama
Francaisi kepada francaisor luar negeri
Bakal francaisor / Francaisi
Syarikat dimiliki dan dikawal oleh rakyat Malaysia
Berdaftar dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Pemilik francais yang berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
Telah menjalani kursus wajib francais dengan MFA
Francaisor yang berpotensi dengan rekod perniagaan kurang dari 2 tahun membangunkan produk francais, atau menjadikan perniagaan sedia ada kepada perniagaan francais
Francaisi dengan rekod perniagaan kurang atau lebih dari 2 tahun menjalankan atau mengembangkan operasi francais
Francaisor
Francaisi Utama
Francaisi kepada francaisor luar negeri
Bakal francaisor / Francaisi
Syarikat dimiliki dan dikawal oleh rakyat Malaysia
Berdaftar dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Pemilik francais yang berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
Telah menjalani kursus wajib francais dengan MFA
Francaisor yang berpotensi dengan rekod perniagaan kurang dari 2 tahun membangunkan produk francais, atau menjadikan perniagaan sedia ada kepada perniagaan francais
Francaisi dengan rekod perniagaan kurang atau lebih dari 2 tahun menjalankan atau mengembangkan operasi francais

SME Franchise adalah unik di mana penawaran produk dilakukan secara bersama oleh SME Bank dengan PNS, sebuah agensi kerajaan yang memfokus kepada pembangunan strategik dan francais nasional, produk ini tertumpu kepada penilaian, pertumbuhan dan pengekalan perjalanan francais untuk bakal francaisor dan francaisi tempatan. Pada peringkat permulaan, SME Bank bersama dengan PNS akan menilai potensi perniagaan anda untuk dijadikan perniagaan francais walaupun anda tidak mempunyai cagaran atau rekod perniagaan. Objektif kami adalah untuk menawarkan perniagaan francais walaupun kepada perniagaan ‘start-up’ agar peluang pertumbuhan perniagaan anda boleh distrukturkan dari hari pertama operasi lagi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah mempunyai sebuah perniagaan francais dan bertapak, ianya adalah lebih baik kerana ia akan membantu kami untuk mempercepatkan pemprosesan keperluan kewangan dan pembangunan francais anda.

Dana Khas


Tambahan pula, kami mungkin dapat memadankan keperluan pembangunan francais anda dengan program yang bersesuaian atau dana dedikasi yang disalurkan melalui SME Bank dan PNS. Kriteria utama adalah daya maju idea perniagaan anda (untuk ‘start-up’) atau keupayaan perniagaan anda dijalankan secara francais (untuk perusahaan kecil kepada sederhana). Bergantung kepada peringkat perniagaan di mana francais dapat didaftarkan, anda mungkin layak untuk produk dan perkhidmatan PKS yang lain seperti SME Start-Up, SME Professional dan/atau SME Global. Sekali lagi, pegawai kami boleh memberi panduan tentang produk lain yang boleh digunakan semasa anda mengemukakan permohonan.

Klasifikasi PKS Mikro Kecil Sederhana
Jenis Pembiayaan
Konvensional dan Syariah
Konvensional dan Syariah
Konvensional dan Syariah
Kemudahan
Pinjaman Harta Tetap
Pinjaman Berputar
Sewa beli Perindustrian / Sewa pajak
Jaminan Bank/Surat Kredit
Pinjaman Harta Tetap
Pinjaman Berputar
Sewa beli Perindustrian / Sewa pajak
Jaminan Bank/Surat Kredit
Stok Pinjaman
Pinjaman Harta Tetap
Pinjaman Berputar
Sewa beli Perindustrian / Sewa pajak
Jaminan Bank/Surat Kredit
Stok Pinjaman
Had Pembiayaan
Francaisi - Sehingga RM500,000
Bakal Francaisor / Francaisor Berpotensi dan Francaisor sedia ada - Sehingga RM5 juta
Francaisi Sehingga RM3 juta
Francaisor / Francaisi Utama dan Francaisi kepada francaisor luar negeri - Sehingga RM10 juta
Francaisi sehingga RM3 juta
Kadar Faedah
Kadar kompetitif tertakluk kepada syarat-syarat dana dan pengkadaran risiko di mana berkenaan
Tempoh
Sehingga maksimum 15 tahun tertakluk kepada aset yang dibiayai
Modal kerja sehingga 5 tahun, tertakluk kepada semakan semula tahunan
Tempoh pernafasan sehingga maksimum 3 tahun
Kaedah Pembayaran Balik
Bulanan, Suku Tahunan, Progresif,Tetap atau Bertingkat
Yuran Pemprosesan
0.25% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan


Perkhidmatan Sokongan


Bagi memastikan perancangan dan pertumbuhan francais anda diuruskan dengan efektif, SME Bank dan PNS akan merujuk anda kepada pakar atau pembekal perkhidmatan yang bersesuaian semasa permohonan diterima. Anda mungkin mempunyai idea untuk produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk dijadikan francais, tetapi anda mungkin tidak mempertimbangkan francais sebagai opsyen untuk memulakan perniagaan yang berdaya maju atau mengembangkan perniagaan. Sebagai tambahan kepada menyediakan pembiayaan kepada operasi francais, SME Bank juga sedang mendapatkan khidmat kemudahan dan perniagaan am dengan rangkaian rakan-rakan dan pembekal perkhidmatan untuk membantu anda membina sebuah model perniagaan kepada perniagaan francais yang efektif.

Sebagai sebuah institusi khidmat kewangan, penyampaian perkhidmatan PKS yang bersepadu memerlukan penyertaan dan komitmen rangkaian rakan-rakan dan pembekal perkhidmatan yang besar.Dengan SME Franchise, SME Bank berharap agar sokongan untuk membangunkan francaisor dan francaisi Malaysia melalui kepakaran PNS. Berikut adalah perkhidmatan dan pembangunan perniagaan francais yang ditawarkan oleh SME Bank dan rangkaian rakan-rakannya.

Klasifikasi PKS Mikro Kecil Sederhana
Khidmat Nasihat
Perniagaan
Penilaian Idea Perniagaan
Perakuan Pakar
Perancangan Perniagaan
Analisis Kewangan
Identifikasi Peluang Pasaran
Kepakaran Industri
Kepakaran Teknikal
Kajian semula Prestasi / Pengawasan Pembangunan
Pemulihan Perniagaan
Penilaian Idea Perniagaan
Perakuan Pakar
Kepakaran Industri
Kepakaran Teknikal
Analisis Kewangan
Identifikasi Peluang Pasaran
Kajian semula Prestasi / Pengawasan Pembangunan
Pemulihan Perniagaan
Penilaian Idea Perniagaan
Perakuan Pakar
Kepakaran Industri
Kepakaran Teknikal
Analisis Kewangan
Harta Intelek dan Perlindungan Cap Dagangan
Identifikasi Peluang Pasaran
Pensijilan Produk / Perkhidmatan
Pembungkusan and Reka bentuk Visual Pengenalan
Penjenamaan dan Pengurusan Pemasaran
Kajian Semula Prestasi / Pemantauan Pertumbuhan
Pemulihan Perniagaan
Pembangunan
Keusahawanan
‘Matching Grant’ Teknikal
‘Matching Grant’ Latihan
Prototaip francais berpotensi
Tidak Berkenaan Tidak Berkenaan
Perkongsian Maklumat
Kajian Industri / Pasaran
Senarai Pembekal Perkhidmatan Pembangunan Francais
Program PKS sokongan Kerajaan / Bukan Kerajaan
Peluang Pemadanan Perniagaan

Terma dan syarat adalah tertakluk kepada semakan dan perubahan yang dibuat oleh Bank.



Rakan Strategik


 
   
Carian Arkib Berita