Sebagai sebuah bank yang memberikan mutu perkhidmatan baik kepada setiap pelanggan, adalah menjadi hasrat SME Bank untuk sentiasa meningkatkan lagi mutu perkhidmatan tersebut agar lebih cekap, berkesan serta mesra pelanggan. Untuk mencapai hasrat tersebut, maklumbalas tuan/puan amat kami hargai.
Antara objektif kami adalah untuk memberi kepuasan pelanggan melalui sistem penyampaian yang efisien dan komprehensif. Tuan/puan adalah dialu-alukan untuk bertanya, memberi cadangan atau aduan mengenai produk, kemudahan pembiayaan atau perkhidmatan operasi kami. |